✿ selamat datang ke blog petua anak dara. Kami berkongsi pelbagai petua yang pasti memberi manfaat kepada anda ✿

Pages

Saturday 23 February 2013

Petua menghilangkan rasa masin dalam masakan

Perkara macam ni selalu terjadi pada kaum hawa  apabila tengah kelam-kabut nak masak di dapur. Terlebih letak garam dalam masakan seringkali terjadi apatah lagi pada yang baru belajar memasak. Akibatnya, masakan yang dimasak akan menjadi masin dan tidak sedap. Di sini, blog petua anak dara ingin berkongsi beberapa petua yang boleh digunakan untuk mengurangkan rasa masin dalam masakan. 


Petua 1:
Dapatkan sejemput kelapa parut dan dijadikan bunjut dengan membugkusnya menggunakan kain jarang. Masukkan ke dalam masakan yang terlebih masin itu selama 15 hingga 20 minit. Kemudian bolehlah keluarkan bunjut tersebut.

Petua 2:
Cari pelepah pisang sepanjang 4 cm dan bersihkan. Kemudian, masukkan ke dalam masakan sehingga mendidih. Setelah mendidih, keluarkan pelepah dari masakan.

Petua 3:
Masukkan kentang yang dibelah dadu ke dalam masakan yang terlebih masin untuk menyerap rasa masin. Jika tiada kentang, gantikan dengan timun yang dipotong memanjang.

Petua 4:
Tutup masakan yang masin itu menggunakan tudung periuk. Biarkan ia mendidih dan matikan api. Biarkan tudung periuk selama beberapa minit. Kemudian, angkat tudung periuk tersebut dan cuci dengan air bersih. Tanpa mengeringkan tudung periuk tersebut, tutup kembali masakan yang terlebih masin tersebut dan biarkan. Buka hanya apabila ingin menghidangkannya. Anda pasti akan berpuas hati dengan hasilnya.

1 comment:

  1. Boleh gantikan timun ye. Okk bru taw hehe. Sb tadi tertumpah garam,gigih g beli kentang nk repair hehe

    ReplyDelete