✿ selamat datang ke blog petua anak dara. Kami berkongsi pelbagai petua yang pasti memberi manfaat kepada anda ✿

Pages

Tuesday 5 March 2013

Petua Kesihatan Rambut


Assalamua'laikum & selamat bertemu kembali dalam petua kesihatan rambut. Kali ini, petua kecantikan rambut akan dikongsi bersama anda. Rambut ibarat mahkota bagi wanita dan mungkin lambang keegoan seorang lelaki... Rambut yang sihat, tiada kelemumur, tidak kering dan berminyak, tidak bercabang merupakan ciri rambut yang diingini oleh setiap dari kita... Pelbagai produk kecantikan rambut yang ada dipasaran sehingga boleh menimbulkan pelbagai masalah sampingan selain harganya yang agak mahal malah mungkin juga diragui status bahan kimia dan kehalalannya... Ayuh kita sama-sama kongsi Petua, semoga ada manfaat dan kebaikan bersama.....-:)



Masalah Rambut Gugur

Bahan-bahan nya ialah beberapa helai daun lidah buaya dan daun bunga raya. Ramas atau mesin bahan-bahan tadi. Lumur kisaran daun bunga raya dan daun lidah buaya tadi atas kepala selama 1 jam dan bilas bersih... Ulang langkah ini beberapa kali selama seminggu, insyaaAllah ada hasilnya...
Kebaikan bunga raya ialah melembutkan rambut manakala kebaikan lidah buaya menyejukkan dan menyamankan kulit kepala. Sekaligus mampu mengelakkan masalah rambut gugur dan menjadi perapi rambut...


Rambut Sihat Dan Lembut

Bahan-bahannya ialah campuran air asam jawa dan santan, bunga kenanga atau bunga-bunga yang wangi baunya (bunga tahi ayam wangi tak?)
Cara penyediaan: Campurkan semua bahan-bahan tadi dalam sebuah bekas.
Cara guna: Basuh rambut dengan campuran bahan tadi. InsyaAllah rambut akan berbau harum malah boleh mengelakkan masalah rambut gugur, rambut akan nampak lebih sihat dan lembut...


Rambut Berminyak

Bahan-bahan untuk mengatasi masalah rambut berminyak ialah syampu dan kuning telur.
Cara penyediaannya sangatlah mudah iaitu campurkan sedikit syampu bersama kuning telur dalam semangkuk air suam.
Cara guna juga amat mudah dan senang iaitu cucilah rambut anda seperti biasa menggunakan campuran syampu dan kuning telur tadi. Amalkan dua kali seminggu. Jangan lupa untuk membilas rambut anda. Jika tidak, pasti ada binatang liar yang akan mengerumuni rambut anda!
InshaaAllah, masalah rambut berminyak akan dapat diatasi...


Rambut Kering/Bercabang

Bahan-bahan untuk mengatasi masalah rambut kering ialah minyak sayuran dan tuala bersih.
Cara penyediaan ialah panaskan minyak sayuran.
Cara penggunaannya pula ialah dengan melumurkan minyak tadi pada rambut. Oleh rambut anda (pastikan minyak tidak terlalu panas semasa dilumur). Kemudia tekup rambut dengan tuala selama 20 minit dan bilas rambut dengan bersih.
InshaaAllah, masalah rambut kering akan dapat diatasi dengan baik...


Rambut Berkilat



Bersihkan biji betik dan jemur sehingga kering. Kemudian, gorengkan tanpa minyak sampai hangus. Selepas itu, tumbuk atau giling sampai hingga lumat biji betik. Pindahkan ke dalam piring dan bancuh dengan sedikit air. Sebelum menggunakannya, bersihkan rambut terlebih dahulu sehingga betul-betul bersih... Selepas itu barulah sapukan bahan tadi pada rambut anda. Insyaallah hasilnya rambut akan berkilat dan bersinar lebih hitam daripada biasa... Selamat mencubaaa...


Menghilangkan Kelumumur


 Ambil tiga batang serai kampung dan dua biji limau nipis, kisar bahan-bahan tersebut sehingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya sahaja. Kemudian sapukan pada keseluruhan rambut anda seperti menggunakan syampu harian. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Selepas itu bilas dengan menggunakan air biasa sehingga bersih. Amalkan dua kali seminggu. Insyaallah anda akan berpuas hati dengan rambut yang sihat dan tiada kelumumur..




1 comment:

  1. Siapa yang ada masalah rambut,I conform barang ni dapat setlle masalah korang..klik sini...http://zapit.nu/JkE

    ReplyDelete